Diri ini hanya insan biasa.
Yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Meminta maaf setelah sedar akan kesilapan diri.
Dan memaafkan atas kesalahan lepas.
Aku di sini.
Tidak ingin dimusuhi atau memusuhi.
Kepada rakan-rakan ,
Teruskan perjuangan menuju kejayaan.
Aku berdiri di sini ,
Tidak akan melupakan ,
Dan tidak mahu dilupakan.
Maafkan segala kesilapan yang telah aku lakukan.
Aku sememangnya tidak sempurna sebagai insan di bumi yang terbentang luas ini.
Tetapi ,
Walau terpisah dalam jarak dan waktu ,
Ingatlah aku di sini sentiasa berdoa untuk kalian.
Kerana persahabatan yang telah kita bina amatlah aku hargai.
Rakan-rakanku ,
Kasih dan sayang serta ingatan tetap ku sematkan di hati.