Sahabat. Engkau ibarat sebuah keluarga.
Terciptanya suka dan duka.
Akan tetap bertahan selamanya, jika kesabaran tetap ada.
Sahabat. Bukan hadir hanya ketika suka.
Tetapi duka harus tetap bersama.
Saling memahami, maka wujudlah kasih sayang persahabatan.
Sahabat. Jangan membalasi ketika hampa.
Jangan menghukumi bila dikecewakan.
Kerana kita semua manusia biasa.
Tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dosa.
Sahabat. Jangan memberi tekanan semata-mata.
Jika mahu setia bersama selamanya.
Selagi masih ada di depan mata.
Hiburkanlah hati mereka.
Sahabat. Hargailah mereka.
Sayangi juga lindungi mereka.
Sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Mungkin untuk selama-lamanya.