Apa tujuan untuk hidup, masih kabur. Jangan tanya. Aku tak tahu. Yang aku tahu, hidup aku, aku yang hadap. Aku yang nak macam ni, kau rasa macam mana. Budak macam aku ni. Ada apa-apa untuk dibanggakan tak? Haha. Eh, aku dah kata. Nasib kau dan aku berbeza. Kau bertuah , sangat bertuah, hidup kau sempurna bagi aku walau kau rasa tidak. Setiap orang. Aku percaya dah tertulis takdir masing-masing. Tapi aku tak sabar. Aku betul tak sabar nak tengok macam mana hidup aku masa akan datang.
Bila ada yang tanya, nak buat apa? Kerja? Belajar? Apa tujuan hidup? Mana hala tuju?
Aku cuma jawab "entah". Kalau kau jadi aku. Kau jawab apa? Itu saja yang aku pandai jawab. Aku banyak cakap. Hal-hal yang lainnya aku pandai bising. Tapi untuk soalan yang satu itu. Buat aku bisu, kelu.
Ya. Mana hala tuju aku sebenarnya? Aku kelu. Lidah tak bertulang ni kelu. Ya.
Monday, June 02, 2014
Sunday, March 09, 2014
Manusia
Pernah kau cuba faham perasaan orang. Pernah kau cuba baca
fikiran dia walau hanya dengan memandang mata seseorang. Kadang –kadang kau
nampak orang tu gembira, tapi kau tak tahu dia mungkin tanggung sejuta beban
atas bahu dia . Kita tak tahu masalah orang, yang kita tahu mengata , mengejek,
memaki, menghina . Yang kita tahu bagi orang tambah beban atas bahu dia, tambah
tekanan dalam kepala otak dia . Bukan nak cuba bantu. Kita kata, orang kaya
hidup bahagia. Haha. Mana kau tahu orang kaya hidup bahagia? Kau pernah jadi
kaya? Kalau hidup kau biasa-biasa je, jangan pernah kau kata , orang kaya hidup
bahagia . Jangan terpengaruh dengan drama melayu. Hakikatnya, berapa orang kaya
kat dunia ni hidup bahagia? Yang paling best pun, jadi gila sebab harta. Yang
paling best pun, habis harta sebelum tua.
Kau pilih kau nak yang mana, kau kaya kat dunia, manusia pandang tinggi, manusia hargai, manusia sanjung. Atau, kau hidup biasa-biasa. Manusia pandang rendah sebab kau tak setaraf dia . Manusia tak pandang kau sebab kau tak sedarjat dia. Tapi Allah pandang kau sebab kau sentiasa ingat susah, sentiasa rasa dekat dengan Dia, sentiasa rendah hati . Biarlah manusia buat kau macam tu, asalkan tuhan tahu kau benar. Biarlah manusia hina, mengejek, memaki, mengata. Sebab di mata Dia , semua sama. Di padang Masyar kelak, semua dilayan sama. Kau raja, kau dato’ , kau tan sri, kau perdana menteri, semua sama, berdiri tengah panas terik dengan matahari sejengkal atas kepala, kenapa? Kau menafikan? Kalau kau menafikan, kau kena tahu yang kau dah tolak isi Al-Quran. Nak tahu apa hukum tolak isi Al-Quran? MURTAD . Woo, kau kalau murtad, kalau kau mati, kau mati dalam keadaan kafir, kau kena bertaubat , taubat Nasuha.

Tiba- tiba dapat tahu yang adik- beradik dia dah kaya, dah senang. Baru nak bertegur, baru datang rumah ziarah. Masa tu baru nak mengaku ada adik- beradik. Baru nak mengaku ada keluarga. Sebab apa? Sebab taraf. Sebab apa? Sebab darjat. Sebab tu, Allah pun pernah berfirman yang “manusia perlu bersyukur atas nikmat yang diberikan” . Ya. Memang betul. Sebab semuanya dah tercatit dalam Al-Quran . Siapa kau nak tolak hadis? Siapa kau nak tolak hukum? Siapa kau nak tolak sunnah? Siapa kau nak menafikan isi Al-Quran ? Siapa kau ? Aku Tanya siapa kau ? Kita ni lebih kecil dari semut di depan Dia . But sometimes, bila aku tengok perangai manusia macam tu, kesian pun ada, sedih pun ada. Sebab aku tengok, perangai haiwan lagi mulia dari manusia .
Sedangkan kita
pun makhluk Allah, haiwan pun sama. Tapi kenapa kita tak berkelakuan macam
manusia. Sedangkan yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal fikiran. Nak
kata manusia tak guna otak, haiwan pun ada otak juga. Tapi tulah, manusia bila
senang dia lupa. Lupa siapa yang banyak bantu bila dia susah. Lupa yang selalu
ada dengan dia saat dia jatuh. Lupa siapa yang sanggup berkorban apa saja masa
dia kesempitan. Mungkin Allah dah jadikan seseorang itu macam tu? Hmm. Kesian.
Yang teraniaya terus dianiaya. Yang kaya terus kaya dengan makan suap.
Yang difitnah terus difitnah. Yang susah semakin susah. Sebab apa? Sebab dunia ni dah lama tua. Dunia akhir zaman, memang akan rosak. Dunia dah lama rosak. Rosak kerana isi bumi dah tak seperti dulu. Sekarang, yang tua kena hormat yang muda. Nak salahkan siapa atas salah didikan dan tak cukup didikan. Cuba tengok banyak bencana jadi, tak kan tak nampak lagi ? Tuhan nak tunjuk, yang manusia lebih kejam dari haiwan. Cuba tengok haiwan, haiwan memfitnahkah? Haiwan menjatuhkan bangsa sendirikah? Haiwan dengki dengan kejayaan bangsa dan sesama sendirikah? That’s why. Tepuk dada, tanya iman bukan nafsu .

Subscribe to:
Comments (Atom)