Pages

Sunday, March 09, 2014

Manusia

Pernah kau cuba faham perasaan orang. Pernah kau cuba baca fikiran dia walau hanya dengan memandang mata seseorang. Kadang –kadang kau nampak orang tu gembira, tapi kau tak tahu dia mungkin tanggung sejuta beban atas bahu dia . Kita tak tahu masalah orang, yang kita tahu mengata , mengejek, memaki, menghina . Yang kita tahu bagi orang tambah beban atas bahu dia, tambah tekanan dalam kepala otak dia . Bukan nak cuba bantu. Kita kata, orang kaya hidup bahagia. Haha. Mana kau tahu orang kaya hidup bahagia? Kau pernah jadi kaya? Kalau hidup kau biasa-biasa je, jangan pernah kau kata , orang kaya hidup bahagia . Jangan terpengaruh dengan drama melayu. Hakikatnya, berapa orang kaya kat dunia ni hidup bahagia? Yang paling best pun, jadi gila sebab harta. Yang paling best pun, habis harta sebelum tua.

Kau pilih kau nak yang mana, kau kaya kat dunia, manusia pandang tinggi, manusia hargai, manusia sanjung. Atau, kau hidup biasa-biasa. Manusia pandang rendah sebab kau tak setaraf dia . Manusia tak pandang kau sebab kau tak sedarjat dia. Tapi Allah pandang kau sebab kau sentiasa ingat susah, sentiasa rasa dekat dengan Dia, sentiasa rendah hati . Biarlah manusia buat kau macam tu, asalkan tuhan tahu kau benar. Biarlah manusia hina, mengejek, memaki, mengata. Sebab di mata Dia , semua sama. Di padang Masyar kelak, semua dilayan sama. Kau raja, kau dato’ , kau tan sri, kau perdana menteri, semua sama, berdiri tengah panas terik dengan matahari sejengkal atas kepala, kenapa? Kau menafikan? Kalau kau menafikan, kau kena tahu yang kau dah tolak isi Al-Quran. Nak tahu apa hukum tolak isi Al-Quran? MURTAD . Woo, kau kalau murtad, kalau kau mati, kau mati dalam keadaan kafir, kau kena bertaubat , taubat Nasuha.

Entah kenapa, aku memang tak faham, orang kaya berada ni, kalau pandang kita ni, yang cuma naik kereta biasa -biasa je, macam pandang kucing tepi jalan. Dia lupa agaknya yang dia tu manusia juga. Dia lupa agaknya, yang dia tu makhluk Allah juga. Biarlah, tu amalan masing- masing . Tapi betullah, Ustaz aku pun pernah cakap yang Rasul pernah bersabda yang “kekayaan itu menakutkan” . Bila difikirkan balik, memang betul, sebab semua dah tercatit dalam Al-Quran. Bila aku tengok orang sekeliling, bukan nak mengata. Tapi benda ni aku nampak depan mata. Sangat jelas. Ada yang bertahun, berbulan tak bertanya khabar keluarga sendiri, tapi bila dengar fasal harta pusaka, hari- hari bertenggek depan rumah, buat baik. Sebab apa? Sebab duit. Sebab apa? Sebab harta. Ada yang dah lama tak berjumpa adik- beradik walau duduk satu kampung, walau duduk satu daerah.

Tiba- tiba dapat tahu yang adik- beradik dia dah kaya, dah senang. Baru nak bertegur, baru datang rumah ziarah. Masa tu baru nak mengaku ada adik- beradik. Baru nak mengaku ada keluarga. Sebab apa? Sebab taraf. Sebab apa? Sebab darjat. Sebab tu, Allah pun pernah berfirman yang “manusia perlu bersyukur atas nikmat yang diberikan” . Ya. Memang betul. Sebab semuanya dah tercatit dalam Al-Quran . Siapa kau nak tolak hadis? Siapa kau nak tolak hukum? Siapa kau nak tolak sunnah? Siapa kau nak menafikan isi Al-Quran ? Siapa kau ? Aku Tanya siapa kau ? Kita ni lebih kecil dari semut di depan Dia . But sometimes, bila aku tengok perangai manusia macam tu, kesian pun ada, sedih pun ada. Sebab aku tengok, perangai haiwan lagi mulia dari manusia .

Sedangkan kita pun makhluk Allah, haiwan pun sama. Tapi kenapa kita tak berkelakuan macam manusia. Sedangkan yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal fikiran. Nak kata manusia tak guna otak, haiwan pun ada otak juga. Tapi tulah, manusia bila senang dia lupa. Lupa siapa yang banyak bantu bila dia susah. Lupa yang selalu ada dengan dia saat dia jatuh. Lupa siapa yang sanggup berkorban apa saja masa dia kesempitan. Mungkin Allah dah jadikan seseorang itu macam tu? Hmm. Kesian. Yang teraniaya terus dianiaya. Yang kaya terus kaya dengan makan suap.

Yang difitnah terus difitnah. Yang susah semakin susah. Sebab apa? Sebab dunia ni dah lama tua. Dunia akhir zaman, memang akan rosak. Dunia dah lama rosak. Rosak kerana isi bumi  dah tak seperti dulu. Sekarang, yang tua kena hormat yang muda. Nak salahkan siapa atas salah didikan dan tak cukup didikan. Cuba tengok banyak bencana jadi, tak kan tak nampak lagi ? Tuhan nak tunjuk, yang manusia lebih kejam dari haiwan. Cuba tengok haiwan, haiwan memfitnahkah? Haiwan menjatuhkan bangsa sendirikah? Haiwan dengki dengan kejayaan bangsa dan sesama sendirikah? That’s why. Tepuk dada, tanya iman bukan nafsu .