Sampai bila kau nak menangis?
Sampai bila wahai hati?
Bila dunia dah mati, baru kau akan berhenti menangis?
Wahai hati yang satu ini.
Sampai bila kau nak sengsara?
Sampai bila kau nak mengalirkan air mata?
Adakah bila kau sudah kehabisan air mata baru kau nak berhenti?
Adakah bila mengalir air mata darah baru kau nak berhenti
mengalir?
Kerana air mata memang asalnya darah bukan?
Wahai hati yang satu ini.
Tidakkah kau penat menangis?
Ya.. Aku tahu, air mata itu anugerah.
Hati, jiwa dan perasaan ini pemberian.
Tapi ,wahai hati yang satu ini.
Tidakkah kau penat asyik mengalirkan air mata?
Let people judge you.
As long as you know who you are.
I'm done.
As long as you know who you are.
I'm done.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.