Pages

Sunday, December 11, 2011

A piece of note.

Ting tong .. Ting tong..
Ehemm.. Ehemm .. Lama tak update kan..
Kalau sudi bacalah.

*We must be proud of who we are, and we must not change our personalities to accommodate society's perception of what we should be :)

Kita haruslah ingat ,tak semua orang suka kita.
Nak cari orang suka kita, susah sangat.
Tapi kalau untuk orang tak suka kita, senang je dapat.
Sebab, lain orang, lain pendapat. Kan?
Dan, kita memang tak boleh baca hati orang kan?
So, kita tak tahu orang tu suka kita atau tak.
Kalau orang judge kita, kita hanya senyum dan teruskan langkah.
Sekali ke hadapan, jangan kembali untuk dua langkah ke belakang.
Memanglah sesekali perlu jugak pandang ke belakang sebagai pengalaman.
Tetapi jangan terus reverse sampai tergolek ke belakang.
Biar jatuh semasa melangkah ke hadapan.
Tak apa. Jatuh boleh bangun sendiri kan?
Apapun yang kita lakukan, kita tak minta duit dengan orang.
Kita susah, kita jatuh. Orang tak ambil tahu pun, yang mereka tahu. Mengata.
So, buatlah sesuatu yang kita akan rasa puas.
Untuk diri kita.
Bukan untuk orang yang tak kenal kita tapi menyibukkan diri untuk mengata.
Sedangkan diri sendiri bengkok, renyuk, jatuh sembah menyembah ke bumi.
Kalau nak tegur. Boleh.
Tapi, gunalah bahasa manusia.
Jangan guna bahasa haiwan.
Haiwan pun tak faham apa yang kau mengata.

Okay, see ya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.