Pages

Saturday, December 28, 2013

Secebis Nukilan.

RENYAI DI MASJID

Hujan yang renyai mesra merintik,
gugusan khemah telahpun sepi.
Semalam masjid terhias cantik~
Cerdas ceramah, merdu mengaji.

Kini diri bersantai di tiang,
mengkhusyuk ayat sejernih qalbu,
di bawah candelier benderang,
tetiba azan mendayu merdu.

Sehelai daun melenggang gugur di kolam masjid,
yang amat syahdu,
hujan nan renyai masih menegur,
capal nan usang kuseret lesu. -A. Samad Said.

Wednesday, November 13, 2013

Message.

Matematik mungkin tak mengajar kita cara bagaimana untuk menambah cinta..
Menolak benci.. Membahagi kasih sayang..
Tetapi dia mengajar kita bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian..






Monday, October 14, 2013

Tolong..

Hey awak, ye awaklah. Tolong sikit boleh?
Tolong.. Hargai saya kerana apa yang telah saya lakukan..
Bukan kerana mahu bandingkan saya dengan orang lain..
Tolong.. Pandang saya atas kelebihan saya bukan pada kelemahan saya..
Tolong.. Jangan menghukum saya atas kesalahan lalu..
Tolong.. Jangan marah saya atas kesalahan kecil..
Tolong..Jangan tinggalkan saya bila awak dah dapat kawan baru..
Tolong.. Sayang saya sebanyak saya sayang awak..
Tolong.. Hargai saya seperti mana saya hargai awak..

Saya cuma manusia biasa seperti awak..
Selalu melakukan kesilapan, tapi saya memaafkan awak..
Dan saya telah melupakan segalanya..
Saya terluka ,awak tak tahu..
Saya sakit, awak tak peduli..
Tapi tak apa, saya okay..
Ya, betul, saya okay..
Tengok mata saya, saya OKAY ..
Jadi, TOLONG .. Don't judge me ..
Kerana saya adalah saya..
Saya bukan awak..
Jadi..Tolong hargai saya apa adanya..

Thursday, September 12, 2013

Thank You.

Bestfriend..
Thank you for standing by my side when times get hard.
Thank you for making me laugh when i didn't even want to smile.
Thank you for being my sister when i am down.
Thank you for give your arms when i'm really needed.
Thank you for understands me when i don't understands myself.
Thank you for be my light when i'm in the dark.

*So many memories. So many stupid fights.
So many inside jokes, and the craziest nights.
Everything crazy that I do. Always seems to happen when I'm with YOU.

"Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light" -Helen Keller.



Monday, August 26, 2013

Aku rebah kaku.

Pandangan kosong, otak beku kaku.
Merebahkan jasad lemah ini di katilku.
Terperuk sunyi di kamar sendiri.
Merenung tajam tembus ke siling.
Aku mimingkan lagu-lagu MP3.
Aku melayan hati sepi.
Yang penuh mimpi.
Ke mana kau pergi jiwa.
Perjalanan sunyi, aku tempuh sendiri.
Tabahlah hatiku yang kecewa.
Yakinlah esok masih ada. Esok masih ada.

Thursday, July 25, 2013

Just a piece..

If love is not a game.
Why are there so many players ?
Because if one player die, it will be GAME OVER. Right?
I like to say this. GAME OVER dude.
Now you can buy another BARBIE DOLL.
But you can't.
I know you can't.
Because, it's hard to forget someone who gave you so much to remember.
And.. GAME OVER.



Tuesday, June 11, 2013

Hilang.

Kalau aku cakap hilang, apa yang kau orang gambarkan tentang hilang. Hilang. Kalau aku cakap hilang, aku gambarkan sesuatu yang seperti perasaan, jiwa, semangat, diri. Betul. Aku gambarkan semangat aku yang hilang. Perasaan aku yang hilang dan tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Ya. Semangat aku yang hilang. Aku teringat kata-kata mak cik cleaner kat sekolah aku dulu. Masa tu aku form 3, tengah lepak dalam tandas sebab kelas seni yang buat aku muak. Cikgu seni yang memualkan aku. Aku dengan Fiey. Sedang kita orang tengah lepak, ada mak cik cleaner sorang ni masuk tanya kita orang, kenapa tak masuk kelas. Kita orang jawab selamba yang kelas seni tak penting pun. Tak ambil markah dalam PMR pun. Mak cik cleaner tu hanya tersenyum. Lepas dia bersihkan tandas, dia cakap. "Dik, biar tak penting subjek seni tu, asalkan adik berdua dapat belajar kat sekolah, dapat merasa belajar dalam kelas, mak cik dulu nak sekolah tak mampu. Dulu susah, kalau sekolah pun, terpaksa berhenti demi adik-adik."

Tiba-tiba Fiey mencelah. "Belajar pun bukan pandai mak cik, saya datang sekolah pun sebab kalau duduk rumah pun bosan" .. Aku just buat muka selamba tengok Fiey. Mak cik tu senyum je, lepas tu dia cakap, "budak sekarang dapat peluang belajar, senang-senang dulu.. Fikirlah dik, masa depan adik panjang lagi.. Biar belajar tak pandai, asalkan dalam kelas adik fokus, dengar cakap cikgu, jangan melawan, hormat mak ayah, InSyaAllah adik dapat apa yang adik belajar, fikirlah mak ayah susah payah nak sekolahkan kita, jangan sia-siakan peluang tu ye.."
Lepas tu mak cik tu cakap lagi, "ingat pesan mak cik ni dik, jauh mana pun kita pergi, kalau kita berjaya macam mana pun, jangan lupa jasa mak ayah, jangan lupa doa, jangan lupa sembahyang, sebab tuhan ada selalu tolong kita, jangan menyerah sebelum buat sesuatu ye"....Mak cik tu keluar sambil tersenyum..

Aku dengan Fiey berpandangan, aku tengok muka Fiey, Fiey tengok muka aku.. Memang tiba-tiba sepi.. Tak tahu kenapa.. Aku just, hmm.. Fiey.. Betul jugak mak cik tu cakap kan.. Fiey, angkat kening ,tanda setuju mungkin.. Lepas tu, kita orang tak nampak dah mak cik cleaner tu sejak hari tu.. Time kelas seni je kita orang pergi lepak kat tandas, tapi tak ada pulak kelibat mak cik tu.. Hmm .. Lepas tu masa berlalu dengan pantas, results PMR aku ok je~ Naik form 4, aku dah tak serius, sebab aku fikir, SPM lambat lagi.. So, aku boleh main-main je dulu.. Naik form 5, 3 bulan sebelum trial aku tiba-tiba insaf, aku dah serius , aku belajar sampai tengah malam. Mata sembab badak air sebab belajar sampai tengah malam. Tapi trial aku hashhhummmm! Terbersin pulak. Tahu-tahu jelah. Lepas tu aku fikir, tak apa, trial je pun. Study punya study, sampailah tibanya SPM .. Lepas tiga bulan, dapat result.... Hashhhummmm! Terbersin lagi.. Dan kemudiannya, aku terus hilang semangat. Hilang semangat nak buat apa pun aku rasa tak guna dah, kadang-kadang aku terfikir kata-kata Fiey 3 tahun lepas, betul kot. Belajar pun bukan pandai.

Aku tak bertuah macam dia orang kat luar sana. Mama aku sendiri selalu puji anak-anak buah dia pandai. Semua straight A's .. Aku ni. Hilang.. Hanyut dalam dunia aku sendiri. Masalahnya, aku dah belajar siang malam. Mata sembab badak air pun, result aku.... Hmm, hakikatnya aku memang tak bertuah macam sepupu-sepupu aku semua. Serius dia orang bijak pandai. Aku tah datang mana sesat. Sekolah berbelas tahun tak pandai-pandai pun. Aku ingat lagi Pn. Chan pernah kata aku ni bukan tak pandai, tapi aku cepat putus asa dalam apa pun yang aku buat. Aku malas nak tunjuk diri aku yang sebenarnya. Aku sendiri tak faham macam mana Pn. Chan boleh nampak semua tu dalam diri aku sebab dia cuma seorang guru kaunseling. Aku sendiri pun tak faham diri aku, tapi Pn. Chan faham diri aku. Aku pernah buat kelas kaunseling dengan Pn. Chan, seharian aku tak masuk kelas. Seharian tu jugaklah macam-macam aku dapat. Pn. Chan kata aku dah tak macam dulu, dulu aku ceria, open-minded, cam saiko pun ada, dengan cikgu-cikgu selamba aku bergurau senda. Tapi sekarang, aku dah lain, aku tak ceria. Muka banyak masalah.

Aku menangis depan Pn. Chan........ Dia pandang muka aku, dia cakap dia tahu aku banyak masalah.. Dia cakap, "awak ada banyak masalah, tapi awak suka pendam sendiri, awak pendam masalah tu sorang-sorang, lama-lama awak boleh jadi gila tau.. Saya tahu awak ada masalah dengan kawan-kawan awak kan, awak ada masalah dengan keluarga awak ke... Awak cerita pada saya, saya kenal awak since form 1, saya tahu awak macam mana, dulu awak bukan macam ni"... Aku menangis lagi.... Sepatah perkataan pun aku tak mampu nak ungkapkan.. Lepas setengah jam aku cuba untuk berhenti menangis, aku cerita from A to Z.. Pn. Chan berjaya pulihkan semangat aku.. Tapi semangat tu semakin hilang.. Semangat tu hilang semula.. Sebab aku tak mampu nak berdepan dengan tekanan yang berlaku depan mata. Dan.. Hari ni, aku bagi gambaran sesuatu yang hilang, semangat aku yang hilang, jiwa aku yang hilang, diri aku yang hilang. Sebab aku tak bertuah macam kau orang. Takdir aku tak seindah takdir kau orang. Dan aku pandang diri aku sebagai LOOSER. Seorang KAWAN yang TERUK. Seorang ANAK yang GAGAL. Dan.... Seorang MANUSIA yang TAK BERGUNA. Aku tak tahu apa takdir aku sebenarnya. Aku tak bertuah macam kau .. Semua orang sayang kau, kawan-kawan kau sayang kau. Family kau sayang kau. Kau membesar dengan kasih sayang yang cukup. Aku tak bertuah macam kau. Seriously..Aku kosong.

Saturday, May 11, 2013

Saya.

Sebenarnya, apa je yang kita nak buat tu. Sebab kita suka. Tapi kalau sebab terpaksa. Dipaksa. Itu dah jadi lain. Itu kebenarannya. Aku selalu lalui waktu waktu sukar dalam membuat keputusan. Sebab. Aku sendiri tak tahu sebabnya. Aku ni memang tak pandai nak berdikari. Maksud aku, aku mengharapkan yang,  seseorang akan bantu aku bila aku tak dapat buat apa apa. Tapi abah cakap, jangan harapkan orang je. Buat sendiri. Berdikari.
Itu dilema aku. Bagi aku, bila aku sorang sorang. Aku jadi kaku. Aku nak ada kawan disisi aku. Aku tak boleh sorang sorang. Aku jadi takut. Aku pun tak boleh dengan orang yang baru aku kenal. Aku rasa sangatttttt awkward. Nampak macam aku anti sosial. Tapi tak. Aku cuma takut berhadapan dengan dunia sebenar. Korang fikir aku pelik. Pandangan orang berbeza beza. Itu namanya manusia. Tapi. Inilah aku. Takut berhadapan dengan sesuatu yang baru. Aku cuma berada di takok yang lama. Tak berani untuk sesuatu yang baru. Sedihnya.

Saturday, April 13, 2013

Pinjam Budi semangkok. Boleh?

Dalam hidup. Jangan fikir nak mudah je. Dalam erti kata lain. Jangan nak susahkan hidup orang.
Sebab hutang budi dibawa mati. Kau memang tak mampu nak bayar budi orang. Tahu. So. Bila buat something. Pakai otak. Jangan bercakap seolah olah kau di depan cermin. Euw~
Dalam erti kata lain. Syokkkk sendiri.
Kalau budi boleh dipinjam. Wajiblah kau pulangkan balik. Tapi budi ni. Sesuatu yang manusia payah nak nampak. Senang cerita. Tak kenang budi. So. Jadilah manusia yang sentiasa kenang budi. Terutamanya. Budi ibu bapa. Jadilah manusia yang tinggi nilainya. Bak kata pepatah. Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.

Tuesday, April 02, 2013

Life..

To tell the truth and make someone cry,
is better than to tell a lie and make someone smile.
This is a game of life.

Lari. Lari dan lari, jangan pernah berhenti.
Nanti orang lain di depan, kamu tersungkur sembah ke bumi.
Hidup adalah perlumbaan.
Siapa bagus duduk di depan.
Siapa kalah , jangan mengalah.

Learn to live.
Live to learn.


Thursday, March 28, 2013

Bangkitlah..

Aku cuma insan kerdil ciptaan tuhan.
Yang tak mengerti apa-apa tentang alam dunia ini.
Adakah ini semua permainan takdir?
Atau hanya mimpi di masa lalu.
Bangkitlah jiwa.
Bangkitlah jasad.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Bermimpi tanpa sedar hakikat sebenarnya.
Mimpi itu cuma khayalan separa sedar sahaja.
Hakikatnya kau harus bangkit.
Sedarlah Ann. Bangkit Ann.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Kalau orang lain sedang mengejar mimpi.
Kau pula biarkan mimpi yang mengejar.
Bangkitlah Ann. Berhenti bermimpi.
Kau bangkitlah. Kau kejar mimpi kau.
Kau boleh. Aku tahu kau boleh. Kau je yang tak yakin diri.
Bangkitlah Ann. Kejar MIMPI itu.

Saturday, March 23, 2013

A piece of memory.

Walau sejauh mana kita pergi berjuang untuk masa depan kita nanti.
Walau beribu batu kita berpisah, saya tak akan pernah lupa yang saya pernah kenal dengan seseorang yang 'psycho' dan gempak cam awak.
Dan saya akan ingat kenangan kita hingga saya mati kelak.
Sebab ,kenangan persahabatanlah yang paling best dalam hidup kita.
Susah senang bersama, jatuh bangun bersama.
Ada pepatah yang berbunyi "orang yang rugi adalah orang yang tak mencari sahabat dalam hidupnya, tetapi orang yang lebih rugi adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dia miliki".
And friendship teach me something about life.

*Maafkan aku selama bergelar sahabatmu, halalkan segalanya tentang aku.
Kerana aku tahu, aku bukanlah teman yang terbaik untukmu. Aku selalu menyakiti hatimu, itu aku tahu.
Akhir coretan, maafkan aku untuk semua yang pernah kita lalui bersama.
Salam sayang rindu dari sahabatmu. #BPFF.

Sunday, March 17, 2013

Dalam hidup..

Dalam hidup, kadang-kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang.
Hurm, betul kan? Kalau nak cerita ,saya dah banyak kali jugak lepaskan "sesuatu" yang saya sayang.
"Sesuatu" ? Haha, ann,, ann .. Kau ingat hati dan perasaan tu barang ke?
Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi saya boleh kata yang hati dan perasaan ni adalah barang antik.
Mahal, susah nak dapat, dan yang paling penting ianya "limited edition".
Haha, yelah tu~ Tapi sebenarnya, memang susah untuk lepaskan "sesuatu" yang kita sayang.
Walaupun terpaksa kan? Dan saya akui, itu menyakitkan .

Monday, February 18, 2013

Hari ini bukan semalam.

Hari ini bukan semalam. Dan kisah semalam tak akan berulang ke hari ini. Dan esok akan terus berjalan. Seperti aku, insan kerdil ciptaan tuhan. Yang lemah, ya lemah. Aku akan terus berjalan. Berjalan tanpa arah tuju.
Atau aku menjadi seperti lalang. Jika arah angin ke kiri, maka aku terbang melayang ke kiri. Jika arah angin ke kanan, maka aku terbang melayang ke kanan. Tapi kalau tak ada angin? Aku diam kaku, kelu . Tidak keruan.
Bila difikirkan balik. Rupa-rupanya aku banyak bazirkan masa aku selama ni. Setahun tu kejap sangat rupanya. Kenapalah aku banyak habiskan masa dengan benda yang ..... Susah nak cakap.. Tengok cam sekarang lah. Aku rasa cam semalam baru masuk tadika. Salam dengan abah, salam dengan mama. Tengok budak-budak lain melalak. Takut kena tinggal. Tapi sekarang. Gila, dah besar semuanya. Masing-masing buat haluan sendiri.
Haha. Aku pulak, makin nak membesar. Aku jadi makin ..... Haihh... How to describe my feeling right now .. Aku ni.. Susah nak bergaul.
See.. Makin lama makin aku merepek..
Okaylah. Bye .

Tuesday, January 01, 2013

Setenang air di sungai.

Selamat Tahun Baru 2013 !
Kepada saya, selamat menjadi aku yang baru, selamat buka buku baru,, selamat menjadi anak yang baru. Semua baru -,-' ... Haihh ..Hakikatnya, semua masih sama.
Kenapa entah, bangun pagi ni rasa tenang sangat, tak tahu kenapa. Pelik. Rasa tenang ,setenang air di sungai. Lagi tenang bila, I'm free and feel sexy yeahh~ Hoo~ Menyanyi pulak. Huu~ Biasanya time cam gini, saya mesti dah kat sekolah, tengah perhimpunan pagi ni. Rutin harian kat sekolah, pagi-pagi ada perhimpunan. Naik ke kelas dah kena hadap muka cikgu yang masam mencuka. Yang paling tak boleh blah bila perhimpunan pagi sampai setengah jam, dan cikgu yang bercakap kat depan tu cam tengah syok sendiri, pelajar semua buat hal masing-masing. Yang lagi best bila, time perhimpunan kiteorang bersembang dan bergossip je, bila cikgu tanya semua pelajar faham tak apa yang cikgu sampaikan, semua jawab faham. Tapi hakikatnya, diorang tak hiraukan pun apa yang cikgu cakap kat depan, ada yang lagi gempak bila ada pelajar yang bermesej time perhimpunan. Nama pun pelajar.

Hari yang paling best kat sekolah bila, ada spotcheck. Haa.. Time tu, siapa yang bawa phone, memang gelabah cam kambing takut hujan laa. Mulalah masing-masing cari tempat nak sorok phone. Hehe, saya no hal. Sebab phone memang selamat kat rumah. Tapi, ingat lagi time form 4, saya pernah hampir terkantoi sebab bawa phone, cikgu dah check dalam beg saya tapi cikgu tak jumpa phone saya, pelik betul. Padahal saya letak phone kat poket kecil dalam beg tu, beg saya ada poket kecil dalam beg kat belakang bahagian bawah. Saya selalu sorok kat situ. Mungkin masih rezeki saya kan, cikgu tak nampak phone tu. Padahal, sekali pandang memang nampak phone tu, saiz phone bukannya kecil. Memang jelas nampak ada phone tapi cikgu tak nampak pun, so..Alhamdullilah.. Selamat. Bila ingat balik kenangan masa persekolahan, mesti akan tersenyum sorang-sorang. Banyak benda yang jadi time sekolah. Mieya selalu bawa kuih yang saya suka. Shaa pulak bawa air. Kiteorang memang berkelah dalam kelas tu, time rehat jarang pergi kantin. Pergi koperasi, beli air kotak. Favorite kiteorang, air chocolate Dutch Lady. Lepas tu, beli cup cake chocolate, keropok sira pedas dengan chocolate bar, berkelah dalam kelas sambil buat homework. Ya Allah, rindunya semua tu. Huu~

Okay, pape pun, Happy New Year 2013! Let bygones be bygones. Buka buku baru, buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikan yang semalam sebagai pengajaran untuk hari ni. Semalam tak akan kembali untuk hari ni, dan yang akan mendatang..Hadapi dengan penuh tabah! Bye.