Aku cuma insan kerdil ciptaan tuhan.
Yang tak mengerti apa-apa tentang alam dunia ini.
Adakah ini semua permainan takdir?
Atau hanya mimpi di masa lalu.
Bangkitlah jiwa.
Bangkitlah jasad.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Bermimpi tanpa sedar hakikat sebenarnya.
Mimpi itu cuma khayalan separa sedar sahaja.
Hakikatnya kau harus bangkit.
Sedarlah Ann. Bangkit Ann.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Kalau orang lain sedang mengejar mimpi.
Kau pula biarkan mimpi yang mengejar.
Bangkitlah Ann. Berhenti bermimpi.
Kau bangkitlah. Kau kejar mimpi kau.
Kau boleh. Aku tahu kau boleh. Kau je yang tak yakin diri.
Bangkitlah Ann. Kejar MIMPI itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.