Pages

Thursday, March 28, 2013

Bangkitlah..

Aku cuma insan kerdil ciptaan tuhan.
Yang tak mengerti apa-apa tentang alam dunia ini.
Adakah ini semua permainan takdir?
Atau hanya mimpi di masa lalu.
Bangkitlah jiwa.
Bangkitlah jasad.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Bermimpi tanpa sedar hakikat sebenarnya.
Mimpi itu cuma khayalan separa sedar sahaja.
Hakikatnya kau harus bangkit.
Sedarlah Ann. Bangkit Ann.
Sampai bila kau nak bermimpi.
Kalau orang lain sedang mengejar mimpi.
Kau pula biarkan mimpi yang mengejar.
Bangkitlah Ann. Berhenti bermimpi.
Kau bangkitlah. Kau kejar mimpi kau.
Kau boleh. Aku tahu kau boleh. Kau je yang tak yakin diri.
Bangkitlah Ann. Kejar MIMPI itu.

Saturday, March 23, 2013

A piece of memory.

Walau sejauh mana kita pergi berjuang untuk masa depan kita nanti.
Walau beribu batu kita berpisah, saya tak akan pernah lupa yang saya pernah kenal dengan seseorang yang 'psycho' dan gempak cam awak.
Dan saya akan ingat kenangan kita hingga saya mati kelak.
Sebab ,kenangan persahabatanlah yang paling best dalam hidup kita.
Susah senang bersama, jatuh bangun bersama.
Ada pepatah yang berbunyi "orang yang rugi adalah orang yang tak mencari sahabat dalam hidupnya, tetapi orang yang lebih rugi adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dia miliki".
And friendship teach me something about life.

*Maafkan aku selama bergelar sahabatmu, halalkan segalanya tentang aku.
Kerana aku tahu, aku bukanlah teman yang terbaik untukmu. Aku selalu menyakiti hatimu, itu aku tahu.
Akhir coretan, maafkan aku untuk semua yang pernah kita lalui bersama.
Salam sayang rindu dari sahabatmu. #BPFF.

Sunday, March 17, 2013

Dalam hidup..

Dalam hidup, kadang-kadang kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang.
Hurm, betul kan? Kalau nak cerita ,saya dah banyak kali jugak lepaskan "sesuatu" yang saya sayang.
"Sesuatu" ? Haha, ann,, ann .. Kau ingat hati dan perasaan tu barang ke?
Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi saya boleh kata yang hati dan perasaan ni adalah barang antik.
Mahal, susah nak dapat, dan yang paling penting ianya "limited edition".
Haha, yelah tu~ Tapi sebenarnya, memang susah untuk lepaskan "sesuatu" yang kita sayang.
Walaupun terpaksa kan? Dan saya akui, itu menyakitkan .